-->
WINTER CHERRY GIRL

Monday, January 23, 2012

ARASHI-BLUE

ini lyric lagu favrite aq yg aq dh translet kn....

ARASHI-BLUE


A light blue skirt trails over the hill in the evening
Absently I thought, I guess this is what eternity's like

"Love must end someday," you whisper with distant eyes
I was pretending not to hear... I wonder if you noticed

Another cherry blossom petal, I've lost count of how many, dances on the breeze
Even as time passes, there's a feeling here that will never change

Missing you, missing you
In my dream I try to hold you close
Chasing you, chasing you
I'm wandering in a deep labyrinth
Missing you, missing you
The real you, not the one in my dream
Unable to see you, unable to see you
I'm drowning in feelings that have nowhere to go

We stood shoulder to shoulder and looked up at the planetarium of the night sky
The same stars must be rising somewhere now, only to disappear

I could never give voice to the feelings lying stagnant in my heart
If only I could just spit it all out, wrapped in a soft sigh

Even if I'm carried adrift in the winds of the turning seasons
Stuck between the past and the future, my memories never come undone

Missing you, missing you
In my dream I try to hold you close
Never fading, never fading
The scent left behind still hangs in the air
Missing you, missing you
The real you, not the one in my dream
Sadly, sadly
That light blue starts to blur


*knapa aq ske lgu ni?? sbb lagu ni bertajuk 'BIRU' tu kn warna favrt aq...
(^_^)
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 2:42 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BERTUNANG...

haihai..semua....
heheh...(^_^) happy la ari ni cuti smpai 25 ari bln...

smalam kn aq ngan famly g jln2...beli barang untuk hantaran...
hantaran????
oh ye....bkn aq yg nk btunang la....
akak aq yg nk btunang....

hehe...msti best kn???
aq ni ntah bile la....
rmai gak kwan2 tnye bila lak aq nk kawn...
member len ada yg dh kawin...
ada yg dh nak kawin...

adoi... nk wat camne kwn2..jodoh aq b lum ada lgi...
nnt dh ada jodoh...aq jemput korang smua dtg knduri aq ye....

oh ye...pd kwan2 yg nk dtg majlis pertunangan akak aq dtg la...
tarikhnye pada 19/2/2012....
jemput le dtg ye....


*nk tlg buatkn brg hantaran tpi x de idea....
tgn dh keras..dh x kreatif lgi...
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 2:23 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, January 22, 2012

CHAR KUEY TIOW.. (^_^)




hehuuu...hai..everyone..
ngeheheh...(^_^)
ari ni lewat ckit update entry..
pasait pa???
aq g lpak2 ngan bdak2 tmpat krje baru...
kitorang lepak2 mkn 'CHAR KUEY TOIW'..
mmg sedap mkn char kuey tiow dia....

sepanjang aq hidup kat ipoh ni...
tmpat yg ada char kuey tiow yg sentias dpt sambutan...
ialah yg dekat dataran ipoh...

tapi ni...kitorang lpak2 mkn kat 'KLEBANG RESTU'
slame ni x tau plak...sbb kdai nye kecik je...
yana yg bgi tau kat sti char kuey tiow dia sdap...
tba2 lak rase cam nk lpak ngan bdak2 ni...
ajak la diorang skali...
aq lpak ngan bulat,yana,jannah....

mmg best...dh order sorang 1 pingan char kuey tiow...
bulat order lagi..nasi goreng udang ngan nasi goreng pattaya...
tapi...mmg btul2 ckap nasi goreng udang dia sedap gak...
insyaallah..klau ada rezeki nk bwak mak ngan adik2 g mkn kat sana plak....

lpas 2...sbelum blk..bagi jannah tgk stok lens yg ada...
sbb jannah nk oder...soo..dapat la rezeki tadi..jannah beli lens...
then..kami jlan2 mkn angin round2 klebang je...

okey 2tu je le... lapporan ari ni...
start bsok aq cuti smpai 25/1 msuk kje mlm...
(^_^)


*bila ckp psl mkn...msti nk ckp banyak...
mmg suka mkn...hehe...

badan dh jadi lagi bulat!!!! (@_@)
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 1:23 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, January 20, 2012

SEJARAH AWAL TANAH MELAYU.

haa!!!
hai assalammualaikum..
para hadirin sekalian....hehe..
formal plak...
okey2..back to real me...
WASSUP GUYS!!! (^_^) hehe...

ari ni mse kat tmpat kjer...ngah boring2 x de wat pe..
brsembang la ngan yana..ttg sejarah awal kedatangn islam...
org ckp la raja pertama tanah melayu ialah 'merongmahawangsa'
dia agak ragu2..then..msuk bab kedatangan awal islam ke tanah melayu..
that time org kte la raja melayu yg pertama memeluk islam ialah raja negeri kedah...
tapi dia ragu2 lagi...sbb ikut dlm buku sejarah...

dikatakan bahawa kedatangan islam bermula di melaka..
iaitu pada waktu pemerintahan 'parameswara'...

bila..org igtkn blk..mmg dkt dlm buku sejarah cerita mcm tu...
tapi yg di tulis dalam 'sulalatun saladin' lain pulak...
soo..org pn jadi confius...smpai berdebat dgn yana...hehe...

jadi utk x nk peningkn kpala...
org try lgi cari info psl kedatangan awal islam ke tanah melayu...
setakat ni...
just ini yg dpt org cari...sbb dh pnat baru blk kjer...
tgk2 dan faham2 kn la....


Prasejarah Malaysia

Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)
Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua

Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu (1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)

Era Penjajahan Barat
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)

Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)

Malaysia selepas Merdeka
Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
Perhimpunan Bersih (2011)

*dalam bahasa jawa 'melayu' bermaksud 'lari'
(tanah melayu = tanah pelarian).

*based from 'wikipedia the free ensyclopedia'.
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 11:12 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, January 19, 2012

ADIK2 BARU...

assalamualaikum!!!....
~x jawab dosa.. (^_^)

uit! uit!..(dh mcm tenuk lak)
hehe...ari ni sbenornye x tau nk tlis psl pe tau...
but then..rse nye nk tlis psl bebudak yg aq baru kenal kat tmpt kerje baru aq...
haa..diorang ni comei2 blake..klakor pn ade..yg skru nye longgar pn ade...

diorang ni ade yg bau lpas spm n stpm...n..ade sorang 2 akak yg berumur 2^ (rahsia).
diorang 2 ialah....

1) NUR HAYATI @ BULAT
= kelakar,comel,manja,blur,single,ckp slang kelantan,diminati ramai.
2) LIYANA IZZATI @ YANA
= mata coklat,senang ikut slang org,kelakar,comel,dh ade pkwe,senang bergaul.
3) NUR HIDAYAH @ KAK DAYAH
= kelakar,suke buat muka comel,lagi comel bila gelak,sporting.
4) NURUL JANAH @ JANAH
= mata galak,sekali tgk mcm sombong tapi x,lawa..,muka iras2 k.dayah,kelakar.

haaa...itulah diorang2 yg comel2 blake...yg msti ade nk digelak klau lepak ngan diorang ni...

xspecially bulat hehe..comel je...memandangkan bile lepak ngan diorang aq yg ke-2 tua lpas k.dayah..soo..diorang pn pngil aq kak anies...hehe..(^_^) mcm tua beno je..

okeylah...dh pnat ni..baru blk kjer trus ngadap blog...
besok..lusa..tulat..tulit..aq enter lgi ye...
itupun klau aq x pnat...(^_^)


*aq ni on blog time boring je...

BaiBai...Sayonara..Adios..Hasta La Vista..Annyeong..(^_^)
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 9:33 PM 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, January 17, 2012

WARNA!!!!

helloo!!!...
ari ni aq happy sesangat..sbb....
sbb..aq baca dgn sangat banyak ari ni...
igt x post aq yg dh lame dlu???
kn.klau aq boring aq akn mkn coklat,dgr music n mmbaca???
sbb tu la...aq dok sronok sgt mmbaca...

and..skrg ni...
aq nk wat citer ttg warna...
hehe...(^_^)
warna2 favrt aq...

inilah caranya korang nk kenal diri aq...

BIRU

Warna biru merupakan salah satu warna dalam spektrum yang boleh dilihat dengan mata kasar. Warna biru merupakan salah satu dari tiga warna asas, di samping merah dan kuning. Daripada warna-warna ini, warna biru mempunyai jarak gelombang yang terkecil (kira-kira 420-470 nanometer).
Warna biru ialah warna yang biasa dijumpai. Biru merupakan warna langit kerana cahaya dari matahari mengalami Selerakan Rayleigh. Air dalam kuantiti yang banyak kelihatan biru kerana cahaya merah (kira-kira 750 nm) diserap oleh molekul air.
Warna biru selalunya dianggap sebagai warna diraja. Disebabkan itu, warna biru selalu digunakan untuk uniform rasmi, seperti uniform polis.
Dalam bahasa Inggeris, biru melambangkan "kesedihan" atau "melankoli". "Blues" ialah sejenis muzik bangsa Afrikan American.

Positif: keheningan, mencintai, kesetiaan, keamanan, percaya, intelligence
Negatif: kedinginan, ketakutan, kejantanan.

SILVER

Warna Perak merujuk kepada warna yang menyerupai logam Perak yang dianggap bernilai oleh manusia. Warna Perak digemari kerana ia berkilauan dan menarik.

Positif: glamor, tinggi, anggun, sleek
Negatif: pengkhayal, tidak tulus.

PUTIH

Putih ialah sejenis warna yang mempunyai kecerahan yang tinggi tetapi tidak mempunyai rona. Lebih khusus, cahaya putih mengandungi semua warna dalam spektrum nampak, dan kekadangnya diperihalkan sebagai "warna akromatik"; hitam merupakan ketiadaan warna. Tanggapan cahaya putih boleh dicipta melalui pencampuran spektrum warna dasar, iaitu merah, hijau, dan biru, tetapi pencahayaan yang dihasilkan oleh teknik ini adalah jauh berbeza daripada pencahayaan yang dihasilkan oleh pijaran

positif: kebaikan, keadaan tak bersalah, kemurnian, segar, gampang, bersih
negatif: musim dingin, dingin, jauh (dari berbagai sumber).

HITAM

Hitam boleh ditakrifkan sebagai kesan penglihatan yang dialami sewaktu tiada cahaya nampak tiba di mata. Oleh itu, hitam ialah lawan putih yang merupakan kesan yang dihasilkan oleh mana-mana satu gabungan cahaya warna yang sama-sama merangsangkan ketiga-tiga jenis reseptor lihat yang peka warna.
Pigmen-pigmen yang menyerap tanpa memantulkan cahaya balik ke mata "kelihatan hitam". Bagaimanapun, pigmen hitam boleh dihasilkan daripada gabungan pelbagai pigmen yang bersama-sama menyerapkan kesemua warna. Jika ketiga-tiga pigmen warna dasar dicampurkan dengan jumlah yang sesuai, hasilnya akan memantulkan amat sedikit cahaya supaya boleh dikira sebagai "hitam".
Yang tertulis di atas memberikan dua pemerian yang nampaknya berlawanan, tetapi sebenarnya saling melengkapi satu sama lain untuk takrif hitam. Hitam ialah ketiadaan kesemua warna cahaya, atau gabungan habisan untuk pigmen-pigmen yang berbilang warna. Sila lihat: Warna-warna dasar
Dalam bidang fizik, jasad hitam ialah penyerap cahaya yang sempurna, tetapi melalui peraturan yang berasal daripada Albert Einstein, jasad hitam juga merupakan pemancar yang terbaik, sewaktu dipanaskan. Oleh itu, pendinginan menyinar yang terbaik di bawah cahaya matahari ialah penggunaan cat hitam, tetapi adalah penting bahawa bahagian inframerah bagi cat itu harus hitam juga.
Dalam sains asas, cahaya ultraungu yang jauh dinamakan "cahaya hitam" kerana tidak kelihatan, cahaya itu menyebabkan banyak mineral dan bahan-bahan yang lain mempendarfosfor.

positif: perlindungan, dramatis, serius, bergaya/anggun, formalitas
negatif: kerahasiaan, kematian, kejahatan/ malapetaka, kegaiban.


ni la...warna2 favrt aq..dgn mksudnye...
even bkn 100% menunjukkan diri aq yg sbenarnye....
but..utk pngetahuan korang...colour yg paaaling!! aq ske
ialah BIRU♥ (^_^)

BIRU bgi aq sangat tenang...and colour yg paaaaling! aq x ske ialah pink...
sbb pink ni kekadang nmpak sgt lembut...x mcm diri aq..
yg sememangnya x brapa lembut..x brapa kasar...biasa je...


*cukup mengenali dah???
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 10:37 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

ULEK MAYANG..

hai...
smalm org ade buat cerita ttg mahsuri kn???
lpas post cerita 2...org still lgi x bleh tido...
so..sje2 la word press kat tenet ni..cari info psl..
kerajaan tanah melayu.sebelum kedatangan islam...
yang semuanya bermula dari langkawi...
then..tiba2 terbace ttg ulek mayang...
msti ramai yg dh tau yg ulek mayang ni...
merupakan lagu rakyat yg ada semangatnye...

cbe korang plak bace cerita 'ulek mayang' ni...
and kalau berani dendang kn lagu ulek mayang ni...



Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan orkestra Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian.

Ada banyak versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yang ketujuh dan paling sulung.
"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".
Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.

Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang megiringi tarian ini. Lagu ini didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak menyeramkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa interpretasi kontemporari untuk lagu ini sama ada di dalam filem atau lagu-lagu baru. Diva rock Malaysia, Ella pernah menyanyikan lagu ini dalam versi rock, sementara kumpulan thrash metal Malaysia, Cromok pernah mengeluarkan beberapa versi instrumental untuk lagu ini.

LIRIK 'ULEK MAYANG'

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala


*cubalah dendangkan lagu 'ulek mayang' ni di tepi pantai pada waktu tenggelam fajar..
(^_^)
selamat mencuba..heheh...
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 5:19 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MAHSURI...

hai...guys and gurls...
ari 2 kn..ngah lpak ngan kawan2 baru...tiba2 je trcerita ttg mahsuri...
then.ade plak sorang kawan ni..x tau siapa mahsuri 2...
so...ari ni nk wat citer ttg mahsuri..yg di cilok dari wikipedia...
walaupun ramai yg dh tau akan mahsuri ni...
tapi aq ttp jgak nk citer...sbbnye...crite mahsuri ni sangat seronok dibaca berulang kali...dan ada pengajarannya tersendiri...

have fun in reading...(^_^)


ilustrasi MAHSURI


Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.
Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.
Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung Kemala,Phuket, Thailand ataupun dahulunya dekenali dengan nama (Siam). Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini berkerja sebagai petani.Lama kelamaan rezeki mereka semakin murah hinggakan mereka telah mampu membeli tanah dari masyarakat setempat. Diceritakan juga oleh orang lama-lama di Langkawi bahawa keluarga Pandak Mayah ini telah menjalankan perniagaan kemenyan serta sarang burung. Ini telah melipat kali gandakan lagi rezeki mereka sekeluarga sehingga mereka ini menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.
Pandak Mayah boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi. [1]
Apabila rezeki mereka sudah melimpah ruah, maka atas kuasa Tuhan dikurniakan pula keluarga Pandak Mayah ini seorang cahaya mata perempuan. Pandak Mayah telah menamakan bayi perempuan itu dengan nama Mahsuri. Sesetengah sumber memberitahu bahawa Mahsuri juga turut dikenali dengan nama timangannya iaitu Siti. Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tata susila oleh kedua orang tuanya. Sejak zaman kanak-kanak lagi Mahsuri telah menunjukkan ciri-ciri luar biasa dimana dia tidak seperti kanak-kanak yang lain. Mahsuri sering menonjol dikalangan rakan sepermainannya kerana dikatakan dia sering memakai pakaian berwarna hitam, ini adalah warna kegemarannya, disamping itu,dari segi paras rupanya yang tak jemu mata memandang, dari segi tutur katanya dan tingkah lakunya yang penuh sopan santun cukup melambangkan betapa tingginya budi pekerti dan akhlak Mahsuri. Sehinggalah meningkat dewasa, ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan,serta hati budi yang yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Wan Yahya turut dikenali dengan nama Dato Pekermajaya. Dia adalah wakil sultan untuk memerintah Langkawi pada masa tersebut.
Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, iaitu adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Datuk Pekerma Jaya dan Wan Mahora.

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.
Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.


Batu penanda tentang kematian Mahsuri.
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.


WAN AISYAH BT. WAN NAWAWI (generasi ke-7 mahsuri)


WAN AISYAH dan SUAMI (di majlis persandingan mereka di kompleks mahsuri)
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 2:45 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, January 16, 2012

MAKSUD DI SEBALIK NAMA KU...

helloo....everyone..
hehe..

ari ni...dari pagi smpai petang rse boring giler....
dh x de org nk ajak kluar...smue busy je..

so...tgh boring2 ni tergerak la nk cri maksud nama kat dlm tenet...

klau nama penuh REHANIS x jumpa..just jumpa sekerat2 je...

start dari nama RIHANA-maksdnye BUNGA SELASIH dan ANIS-maksdnye SAHABAT BAIK...
so..gabungkan nama RIHANA dan ANIS jadi REHANIS..(RIHana+ANIS=REHANIS)
sebutan 'RE' sama dgn 'RI' jadi maksud nama aq 'SAHABAT BAIK BUNGA SELASIH'...

hehe..dengar mcm kelakar je kn??
tapi best jugak ada nama bermaksud baik...

then..tergerak plak nk cari maksud nama ayah...ROSLI brmaksd 'WAKILKU'

maka jadilah nama aq..REHANIS BT. ROSLI (wakilku sahabat baik bunga selasih)

hehe...okey x?? maksud nama tu???

(^_^)
terima kasih kat mak ngan ayah..bagi nama yang ada maksud seindah ini..


(^_^)

LUV YOU ALL!!!
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 7:39 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, January 9, 2012

LONELY....

hei....(~,~)
sori...ari ni mood x brapa baik la nk post entry...

ntah nape...bsok off day..but ksorangan..x de wat pe...
jdi lonely abis la....
dh le mcm single x de pkwe...
tgal aq sorang2...sepi tnpa teman...

hmmm....
bler dh boring ni....
mle la aq manaip bnde yg mrepek2...

okeys la....sblm..
aq mrepek ngan lbih panjang....
aq chow dlu ye..

baibai....
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 11:34 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, January 8, 2012

2 GADIS ONLINE FACEBOOK DI McDonald...

haihai...
pe kabor smue???
lme x update...lme ke??? hehe (^_^)

hari ni...aq dpt pgilan yg bleh di ktakan membuat aq risau gak la....

pada pkul 9.05p.m..di rumah..
phone aq brbunyi ringtone hyuna-troublemaker...

aq:hello....
mimie:hello..anies...
aq:ye...knape???
mimie:nis..hang ngah wat pe??? free x??
aq: x de wat pe...
mimie: hang ngah rehat2 ke??
aq: pe maksud hang??
mimie: aq nk minta tlg hang...
aq: tlg pe???
mimie: ade la...hg amik aq cpat tau...aq dh nk nangis ni..(dgn suara nk nangis)

lpas naik kreta...

aq: knape weh???
mimie: handphone aq rosak...
aq:ceh!!! igt kn pe la....

selepas itu...pda pkul 9.45p.m di McD gunung rapat...


status facebook aq...

on9 kat mcd with umy riz...
share to umy riz.

comment:
mimie: hndphone rosak plak ari ni....mcm2 dugaan...
aq: 2 la...yg klakornye...siap nangis2 ajak aq g repair phone...
mimie: biasa la...tgh tkejut brok time 2...
aq: wait2 kte dok sblh2 je...asal kte reply2 msg ni???
aq: msti nmpk mcm org gle...sorang reply,sorang bce...pastu gelak2...
mimie: hg yg gle komen aq..haha...
aq: yela...aq mngaku aq gle...tpi hg pn gle gak..sbb hang reply....
mimie: lalala
aq: hahah...

begitulah...kami berdua di mcd...
trase mcm zaman dlu2 plak...lpak sme2..
just dlu kami x lpak kat mcd...
hehe..okeyh la...
smpai ketemu di lain hari...

(^_^)Y baibai....
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 10:55 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, January 7, 2012

WHAT???

assalammualaikum..hai..

ari ni agak sdey ckit la....
tdi pgi ke heritage..jumpa member2..tba2 rindu kat diorang...
diorang pn rndu kat aq...
mmg hapy sgt2 sbb dpt jmpe diorang..(^_^)

tapi..yg x bestnye..

diorang kate aq dah gemok...
walaupun aq sememangnye dh gemok....
but mse kje kat heritage dlu bdn aq susut...
just lpas...2-3 ari x msuk kjer..dtg blk diorang kte aq dh naik....
last day aq ari 2 pn..ade yg kte aq dh naik...
hari ni pn diorang kte camtu....

uuuwaaahahahhh...(T_T)

hope lpas..msuk kje blk ni...bleh la diet ckit....
mak...lpas ni tlg jgn masak sedap2 lgi....
selagi mak masak..selagi org akn makan...makan..dan makan....


*smlm msg ngan kwn x-boifrend aq...dia ajak aq kluar la mingu dpn...nak wat cam ne ni??
ape plak ex aq pkir nnt...
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 12:18 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, January 5, 2012

PROMOSI TAHUN BARU!!!!!...

hai...
kepada para penggila dan pemakai contect lens...
sekarang ni saya melakukan promosi untuk lens...
sepasang RM20

turut ada ialah

PROMOSI PAKEJ TAHUN BARU!!!...

sepasang LENS (mana2 lens yg dipaparkan)
sepasang LENS CASE
sebotol LENS SOLUTION
HANYA dengan RM40



























*PROMOSI BERAKHIR PADA 20 JAN 2012...
KEPADA SESIAPA YANG NAK ODER BOLEH HANTAR MESEJ KE INBOX FACEBOOK SAYA.
(rehanis rosli)SETELAH CONFIRM ODER BOLEH LAH BANK-IN KAN WANG ANDA KE AKAUN BANK ISLAM SAYA (no.akaun hanya di beri setelah confirm shaja melalui sms).
*INGIN DIINGATKAN BAHAWA ANDA HARUS BANK-IN KAN WANG DAHULU BARULAH BARANG ANDA AKAN DIHANTAR 2 HARI SELEPAS WANG DI BANK-IN KAN.

*maaf kerana tidak memaparkan promosi ini di blog moa_hannii kerana blog itu masih berada dalam penyelenggaraan....

THANK YOU FOR VIEWING..

~HAPPY ODER..HAPPY GIFT..HAPPY BIZ..HAPPY LIFE~
(^_^)
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 10:23 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, January 4, 2012

2nd DAY

assalammualaikum.....tak jawab dosa...
heheh..(^_^)

heihei guys and girls....
lme x update post...
tpi ari ni rse mcm nk menaip tapi x tau nak taip psl apa....
hihik...(^_^)

okey la....
ari ni just nak bagi tau psl aq dh start kerja baru smlm...
3/1/2012,mknenye ari ni dh 2nd day kjer...tapi x wat ape2 lgi just
orentasi 3 ari....eceleh...mcm zaman skolah plak ade orentasi ni...kn?
eh...aq ade bgi tau x aq dh kje kat mne???
heheh...aq skang kje kat finisar plak....
dia kilang mcm yamaha jgak....aq rse best lgi yamaha sbnrnye...

tapi kn....tba2 je...aq rindu kn Housekeeping...
rindu sgt2....tiba2 je..tgh boring aku senaraikn semua nama2 kawan2
nepal aq...
hehe rse cam nk nangis lak...tmbhan plak aq tringat yg...ade antra diorang yg last bln ni...then akn blk ke nepal....
dh tu plak aku bleh snaraikan no2 bilik dan jenis2 nye....toilet aminities setting...
coffee set aminities...smuenye still lgi fresh dlm kpale hotak aq ni...
adoi....klau aq nak ke housekeeping blk pn dh x bleh...dh trlambat...

tapi...aq still lgi berharap yg aq dpt jumpa kawan2 aq tu...
rindu sangat2 kat diorang....
klau ngan diorang bleh jdi happening habis....sbb diorang ni funny and slumber...
bcoz of that ktorang ni mcm adik ngan abg....

tringat blk post aq mse taun lpas...time 2 aq bru masuk housekeeping...
mmg klakar mse 2...bru2 knal diorang..nmpak la diorang ni biasa2 je...
ble dh lme2 jdi mkin rapat plak...then...lme2 antara ktorang mcm x de jurang bangsa...smua sme je...happy btul dgn diorang..(^_^)
klau nak ucapkan trima kasih 2...100 kali ucap pn..msih x rse puas...
then...klau ikutkan hati aq mse last day ari 2...nak je aq cakap
"AKU SAAAAAAAYANG KORANG!!!"

and hope kat finisar ni nnt...kjer nye senang la...n bleh buatkan aq susut huhu..

okey la...rsenye next post aq nak wat la bnde2 yg aq snaraikan psl bilik2 heritage
bleh x?? agak2 bleh kne sue x??? hahahaha...

okey2 that's it for today..jam kat sni bru pku 9.50pm but mte aq dh ngantok
bsok nk kne bgn pkul 5 lgi...
so...aq chow dlu...

baibai....

(^_^)

*my nepalese boyfriendssss didn't you guys all miss me???
i miss you guys la...(^O^)
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 9:24 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, January 1, 2012

2012 NEW YEAR GIFT!!!

YEY!!.... (^_^)♥
dpy gift dri magzine E-POP....
haha...
bli magazine dpt claendar 2012 k-pop star....
huhu...
mmg brbaloi..sbb calendar nye besar...
smpai berebut dgn adik la...nakkan calendar 2....

here...ade ltak gmbr nye....


ni part paling best...sbb ade calendar mini ARASHI♥...love epop♥...
(^_^)♥









*credit to epop tmblr & epop facebook for the photo...
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 8:20 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

NEVER AGAIN.....

HaPpY nEw YeAr!!!!!

hai everyone....
loks like my new year countdown not so great....
hehe....

why not?? aku msg tnye dia busy ke x? dia x reply....then aku call..dia kte dia habis kjer pkul 11..x tau lgi bleh pgi ke x..countdown dgn aku...then dia kte klau ade member dia yg ikut dia pgi....
aku pn berusaha la tnye member dia..last2 dua2 bler aku call x jwb phone....
perh!!!!....aku sndiri x tau brape bnyk aku mncarut kat diorang.....
aku mncarut pn bknnye diorang dgr....

eeeee.....geramnye lpas ni...klau dia call aku buat blk mcm mne dia buat kat aku (itupn klau dia call).....x gne nye x-bopren..
apepun thanks kat BESTFRIEND aku....cik mimot yg disayangi...aku clebrate new year skali gus besday cik mimot dgn mkn kat warung sepuas2nye.....
hehe...menu yg kami oder ialah...

KAILAN IKAN MASIN
TOMYAM CAMPUR
KERABU SOTONG
AYAM MASAK MERAH
NASI PUTIH
AIR LAICI

itu lagi best..dari mncarut kat org yg x de prasaan mcm dia..
ari 2 kte nak berbaik balik..dah aku bagi peluang..dia wat prangai plak...
serius lpas ni aku takkan kembali ke sisi dia lagi....stakat kawan biasa bleh...
maybe jgak lpas ni...aku wat2 x knal dia dah....

ada seorang sahabat di "muka buku" kata..kat aku, x bnyk yg aku luah kat dlm blog aku ni...aku kte kat dia aku x pndai nak luahkan prasaan...tapi ari ni...aku rse aku dh luahkan sparuh dari prasaan marah dan kecewa aku....
aku mungkin merupakan seorang yg slalu pendam prasaan..tapi ada hadnye jgak...
mcm tauhu sumbat la...klau sumbat bnyak2 isinye kan trkeluar jugak (merepek je..)
hehe....

anyway...thankz..pde org yg follow blog aku yg x brape nak best ni...walaupn diorang x klik button follow...(^_^)

tahun 2011 bnyk kesedihan dlm brcinta yg aku alami...harap thn 2012 ni..cinta yg sebetulnye membawa kebahagiaan menjadi milikku....~amin~



*dia yg di sebut adalah mr.L (x perlu sebut nama sebenar wat sakit ati je...)
DAH BACE COMMENT LA...GO BABY GO!!!! (^_^)

Writing by anies at 3:33 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

♥KHANCHII !!

♥KHANCHII !!
an arashi maniac gurl,love chocalate

Jom Sembang-Sembang....



Facebook

Rehanis Rosli | Reka Lencana Anda
Qaseh Intan Lens(II)

Promosikan Juga Halaman Anda

Song Of The Week : [none]

Song Of The Week : [none]

THE MOST IMPORTANT PERSON IN MY LIFE ♥

  • >RAHIMAH HASSAN♥♥♥♥
  • >EDWINNA♥
  • >FIZIE JOKER♥
  • >FIEZA NIPS GIRL♥
  • >UMIE NAD NAD♥♥
  • >MIMOT♥♥
  • >QASEH INTAN♥♥♥
  • >MY SELF♥♥♥♥
  • >ARASHI for sure ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
  • ♥ love ya!

Followers

  • http://www.facebook/rehanisrosli.com

B I G ♥ L O V E

B I G ♥ L O V E
M I M I E ♥ A N I E S + ARASHI

THINGS I LIKE.♥

  • >my phone NOKIA C3,SONY ERICSON Z780I,MOTOROLA L6
  • >my dekstop
  • >my sony walkman ipod
  • >my hubby picture (i throw it already)
  • >my pillow
  • >my blanket
  • >my bed
  • >my mom cook
  • >my yuri (teddy bear)
  • >my tenshi (phone strap)
  • >my tomei (bag strap)
  • >my jini (sony walkman ipod strap)
  • >my bebe (small teddy)
  • >my arashi songs and lyrics collections♥
  • >my arashi pictures collections♥
  • >my picture albums
  • >my arashi albums♥
  • >my blue face towel
  • >my dekstop gadget (hub,mouse,wc,speaker,headphone)
  • >my gempaq starz collections
  • >my perfumes collections

Blog Archive

  • ►  2015 (2)
    • ►  March (2)
  • ►  2013 (6)
    • ►  June (3)
    • ►  April (1)
    • ►  January (2)
  • ▼  2012 (71)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (9)
    • ►  February (10)
    • ▼  January (16)
      • ARASHI-BLUE
      • BERTUNANG...
      • CHAR KUEY TIOW.. (^_^)
      • SEJARAH AWAL TANAH MELAYU.
      • ADIK2 BARU...
      • WARNA!!!!
      • ULEK MAYANG..
      • MAHSURI...
      • MAKSUD DI SEBALIK NAMA KU...
      • LONELY....
      • 2 GADIS ONLINE FACEBOOK DI McDonald...
      • WHAT???
      • PROMOSI TAHUN BARU!!!!!...
      • 2nd DAY
      • 2012 NEW YEAR GIFT!!!
      • NEVER AGAIN.....
  • ►  2011 (38)
    • ►  December (5)
    • ►  November (3)
    • ►  October (8)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (2)
    • ►  February (12)
    • ►  January (2)

Tiny Bunny
Tiny Bunny
made fully by Hannii Bie. Powered by Blogger.
DomoDomo-kun Waving His Hands