Soalan:
Assalamualaikum,apakah hukumnya lelaki/wanita bermalam dirumah tunangnya walaupun terdapat muhrim (ahli keluarga salah seorang dari pasangan) pada pandangan Islam. Wassalam ...Sofi DJ
Jawapan:
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.
Adalah haram lelaki/perempuan bermalam dirumah tunangnya walaupun terdapat mahram (ahli keluarga kedua-duanya)kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah sedangkan Islam amat memelihara kehormatan, kesucian dan maruah setiap muslim yang beriman sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-"Jangan kamu hampiri zina (keji)...."
-iaitu perbuatan -perbuatan atau jalan-jalan yang membawa kepada perzinaan/kearah melakukan perbuatan mungkar dan maksiat kepada Allah.
Dari segi akhlak, perbuatan seumpama itu dilihat kurang beradab dan melanggar tatasusila masyarakat Islam.

SUMBER: JABATAN MUFTI MELAKA
*just want to share....
kebetulan terjumpa entry berkenaan ni....
(^_^)v
![](http://i274.photobucket.com/albums/jj254/irfan_lover/414DFDFA63029098CE9088039AC05B39.png)
No comments:
Post a Comment